Bengkel Motivasi

Bengkel Motivasi

BENGKEL MOTIVASI PELAJAR FIT SEM II 08/09 anjuran Fakulti Informatik telah diadakan pada 15 Jan 2009 bertempat di Blok Abu Bakar bermula 2.15 hingga 5.15 petang. Seramai 61 orang pelajar terpilih daripada 3 program FIT iaitu DTM, DTMM dan SMSK telah menghadiri bengkel tersebut.Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Cik Fatimah binti Ghazali.

Pensyarah FIT menggunakanpendekatan aktiviti permainan yang menekankan kepada kepentingan kerja berkumpulan, pemikiran kreatif dan kemahiran mencari serta mengumpul maklumat. Hasil maklumbalas diterima oleh peserta, program seumpama ini perlu diteruskan dari masa ke semasa dan berjaya memberi kesan perubahan kepada pelajar.