Bengkel Kerjasama Institusi Pengajian Tinggi dan Infosys Technologies

Bengkel Kerjasama Institusi Pengajian Tinggi dan Infosys Technologies

Pada 28 - 30 November yang lalu, bertempat di Starhill 2 JW Marriot Hotel, dekan dan pensyarah dari Pusat Teknologi Maklumat iaitu Puan Wan Suryani dan Cik Fatimah telah menghadiri Perasmian Bengkel Kerjasama Institusi Pengajian Tinggi dan Infosys Technologies. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato' Mustapha Muhammad. Infosys Technologies telah melancarkan suatu inisiatif kolaborasi industri-akademia bertemakan "Campus Connect" sejak Mei 2004 lalu. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara industri teknologi maklumat dan IPT bagi menampung keperluan pembangunan industri teknologi maklumat tempatan dan luar negara. Antara objektif yang hendak dicapai ialah untuk mencipta satu rangka kerja bagi kecemerlangan pendidikan dalam akademik dan industri di Malaysia. Selain itu kerjasama ini di harap dapat mengembang lagi perancangan dan halatuju institusi untuk jangka pendek dan jangka panjang di Malaysia.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin