Program Bersama Prof Adjung & Prof Pelawat

Program Bersama Prof Adjung & Prof Pelawat

Satu program Kolokium Informatik bersama Prof Adjung dan Prof Pelawat telah berlangsung pada 15 April 2010 bertempat di Bilik Persidangan, UDM. Program ini melibatkan semua kakitangan akademik Fakulti Informatik. Di dalam program ini, professor luar akan membeir syarahan akademik berdasarkan kepakaran masing-masing. Antara tajuk yang disampaikan adalah seperti berikut :

Yg. Bhg. Prof. Dr. Abdul Rahman bin Abdullah
Tajuk : Industri Multimedia di Malaysia

Yg. Bhg. Prof. Dr. Abdul Hanan bin Abdullah
Tajuk : Isu dan Mekanisma Keselamatan dalam Aplikasi e-Perniagaan

Yg. Bhg. Prof. Dr. Hj. Shahrin bin Hj. Sahib @ Sahibuddin

Tajuk : Inovasi ICT dalam Komuniti dan Negara

Program ini bukan sekadar dapat berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan, tetapi merupakan satu aktiviti terancang ke arah peningkatan kualiti program akademik, kekompentasian pensyarah dalam penyelidikan serta pemantapan hala tuju fakulti dengan industri. Galeri