Program IT Camp 2010

Program IT Camp 2010

IT-CAMP-10 telah berlangsung 14 dan 15 mei 2010 bertempat di UniSZA. Seramai 68 pelajar dari 34 buah sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu telah menyertai program ini. Program ini telah dirasmi oleh Yg. Bhg. En Naharuddin Mohd Nasir, Pengurus Kanan Multimedia Development Coorperation (MDeC).

Program ini adalah kerjasama antara Fakulti Informatik, UniSZA dan Multimedia Development Coorperation (MDeC) dengan mendapat sokongan sepenuhnya oleh MSC. Sepanjang program ini berlangsung, pelajar-pelajar didedahkan dengan penggunaan perisian multimedia seperti Adobe Premier dan Adobe Photoshop. Sehubungan dengan itu, satu pertandingan merekabentuk montaj bertemakan  “ICT, ETIKA dan USAHAWAN”  telah diadakan. Di dalam pertandingan tersebut, tempat pertama disandang oleh SMK Bukit Besar, tempat kedua disandang oleh SMK Tok Jiring dan tempat ketiga disandang oleh SMK Seri Nilam.

Oleh yang demikian, diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Galeri