Majlis Anugerah Dekan & Mentor-mentee Sesi 2010/2011

Majlis Anugerah Dekan dan Program Mentor-mentee Sesi 2010/2011 diadakan pada 17hb Mac 2011 (Khamis) Jam 2.00-5.00 petang bertempat di Dewan Kuliah Utama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Majlis ini bertujuan untuk meraikan usaha siswa-siswi dalam akademik bagi setiap sesi. Begitu juga dengan Program Mentor-mentee adalah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim di antara pelajar dan mentor masing-masing. Majlis menjemput penceramah Razali Saaran iaitu seorang penulis buku yang bertajuk 'Hebatnya Rasulullah Mendidik' yang laris dipasaran MPH. Galeri