Program ICT Camp 2011 anjuran FIT bersama MDeC dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Fakulti Informatik telah menganjurkan Program ICT Camp 2011 bersama MDEC dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

pada : 17 dan 18 Jun 2011

bertempat : Dewan Kuliah Utama, Unisza.

ICT-CAMP11 bertujuan untuk memberi pendedahan secara amali kepada para pelajar dan guru sekolah dalam membina laman web sendiri menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Macromedia Dreamweaver. Satu pertandingan membina laman web juga akan turut diadakan dalam menguji kreativiti dan inovasi di kalangan peserta. Laman web yang akan dibina adalah berdasarkan tema “Industri ICT Satu Pilihan”. Di samping itu juga, turut diselitkan aktiviti meliputi taklimat program pengajian ICT di UniSZA, ceramah kerjaya dan industri ICT, latihan kemahiran intensif perisian ICT, latihan dalam kumpulan dan kuliah moral/agama. Galeri