Minggu Mesra Siswa Fakulti Informatik (FiT) & Mentor-mentee 2012/2013

 

Minggu Mesra Siswa Fakulti Informatik (FiT) & Mentor-mentee 2012/2013 telah diadakan pada  8 dan 9 Jun 2012 di Dewan Kuliah Utama (DKU) yang bertujuan menyambut kedatangan pelajar baru sesi diploma yang mendaftar sebagai ahli baru dalam keluarga FiT.

 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar baru berkenaan  struktur organisasi fakulti serta pengenalan kursus yang mereka pelajari dalam bidang masing-masing. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah  para mahasiswa dengan pensyarah dan kakitangan  FiT.

 

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah sesi riadah besama warga FiT, sesi Taaruf  Mentor Mente dan pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.  Secara Keseluruhannya  program ini berjalan dengan lancar dan disambut baik oleh pelajar baru bagi  mendidik  mereka  agar lebih berdisiplin dan bermotivasi menempuh alam pengajian tinggi.

Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini Galeri Minggu Mesra Siswa