Adobe Creative Multimedia Technology - Application

Fakulti Informatik dibawah Jabatan Multimedia telah menganjurkan ‘Program MSC Malaysia Industry Academia Collaborations’. Beberapa perisan dibawah Adobe  telah disampaikan  mengikut jadual yang telah disusun secara berperingkat.

Diantaranya adalah Adobe Indesign pada 17-19 Jun 2012, Adobe Illustrator 20 – 21 Jun 2012, Adobe Flex pada 25 – 27 Jun 2012, Adobe Fireworks pada 17 – 19 September 2012, Adobe After Effects pada 20 – 24 September 2012 dan Adobe Premiere Pro 25 – 27 Jun 2012.

Penyertaan program ini melibatkan semua pensyarah di bawah Jabatan Multimedia dan staf dibawah Unit Teknologi Teknikal (UTT). Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar dan memberi banyak pengalaman dan illmu baru dalam perisian Adobe.