Introduction to MATLAB : 2 days Hands-On Workshop

 

Fakulti Informatik (FiT) telah mengadakan  bengkel ‘Introduction to MATLAB’ selama 2 hari pada 5 - 6 September 2012 bertempat di makmal komputer, FiT di blok Anas.

Bengkel ini telah memberi pendedahan kepada pensyarah di FiT bagi mereka yang menjalankan penyelidikan atau mengendalikan projek yang memerlukan pengaturcaraan komputer dan analisa data, juga bagi mereka yang tertanya-tanya perisian manakah yang lebih sesuai untuk melakukan tugasan tersebut.

Para peserta bengkel amat berpuas hati dan mendapat informasi yang berguna bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran.