Lawatan ke Institusi Pengajian Tinggi dan Syarikat Produksi

Jabatan Multimedia, Fakulti Informatik (FiT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan ke Institusi Pengajian Tinggi dan syarikat produksi yang memiliki kemudahan studio multimedia. Tujuan lawatan ini diadakan bagi  mendapat input tentang spesifikasi dan perkongsian sebagai persediaan untuk pembelian keperluan studio multimedia di FiT, UniSZA.

Lawatan  bermula pada tarikh 4 - 6 November  2012. Diantara tempat yang dilawati adalah Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi mara (UiTM), Shah Alam,  Hijjaz Record Sdn Bhd, Animonsta Studios Sdn Bhd, Uerofine Sdn Bhd, Asia Talk Sdn Bhd dan Multimedia Synergy Corporation Sdn Bhd.

Keseluruhan lawatan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada Institusi pengajian tinggi dan syarikat produksi swasta .

Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini Galeri lawatan ke institusi pengajian tinggi dan syarikat produksi