Kejohanan Badminton FiT

'Badan Sihat Otak Cergas', berpandukan slogan itu  maka Kelab Family iT (KeFiT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Kejohanan Badmintong FiT pada 13 April 2013 bertempat di Sport Planet, Gong Badak.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk jalinan ukhuwwah sesama kakitangan Fakulti Informatik (FiT) yang sedia terjalin agar erat dan mesra disamping menyihatkan tubuh badan.

Program ini melibatkan pensyarah dan kakitangan Fakulti Informatik sahaja. Terima kasih kepada Dekan (FiT) kerana meluangkan masa menyertai program ini.

Acara berlangsung dengan penuh ceria dan semangat kesukanan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan secara berterusan dimasa akan datang.