Kempen Dyslexia

Dyslexia bukanlah satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang kebiasaannya  dialami oleh kanak-kanak. Antara masalah pembelajaran tersebut adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mereka mempunyai daya pemikiran yang normal.

Di atas kesedaran itu, Fakulti Informatik  (FiT),UniSZA telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Kempen Kesedaran Dyslexia dengan kerjasama Persatuan Dyslexia Malaysia pada 20 April 2013 bertempat di Dewan Auditorium, Blok Akademik, Universiti Sultan Sainal Abidin (UniSZA). Matlamat utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para guru taska dan tadika mengenai definisi, simtom dan rawatan Dyslexia serta mengenalpasti kanak-kanak yang menghadapi masalah ini diperingkat awal lagi.  Selain daripada itu, usaha ini adalah bertujuan untuk membina kerjasama dalam bidang Penyelidikan & Pembangunan (R&D), khususnya berkaitan dengan Dyslexia.

Puan Sariah Amirin selaku Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia yang juga merupakan antara penceramah program ini banyak memberi input dan ilmu yang berguna kepada peserta. Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan tujuan untuk mengajar para guru bagaimana cara untuk mendidik dan menarik minat kanak-kanak Dyslexia dengan menggunakan alat bantuan yang mudah dan menarik. Selain itu, ceramah yang turut disampaikan oleh Naib Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia, Dr. Aziz Abu Hassan telah mendapat maklumbalas yang sangat memberangsangkan dari peserta.

Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg Prof.Madya Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman selaku Dekan FiT.  Keseluruhan perserta yang terlibat adalah dikalangan guru Tadika dan Taska disetiap daerah negeri Terengganu serta ibu bapa yang berminat untuk menyertai program ini.

 

Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini Galeri Kempen Dyslexia


 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin