Kem ICT 2013

 

 

ICT-CAMP’13 merupakan satu program yang dirangka khusus untuk pelajar-pelajar terpilih dari sekolah-sekolah menengah di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Pelaksanaan ICT-CAMP’13 adalah program kali ke-4 anjuran Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan kerjasama MDeC untuk membudayakan teknologi maklumat  dan komunikasi (ICT) serta merakyatkan fakulti dan universiti. Ia telah berlangsung selama dua hari satu malam pada 24 dan 25 Mei 2013 bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak.

Kem ini disertai oleh 46 buah sekolah menengah iaitu 36 daripada negeri Terengganu dan 10 daripada negeri Kelantan. Jumlah keseluruhan peserta ialah seramai 159 orang dengan 51 orang guru dan 108 pelajar sekolah menengah. Setiap sekolah menghantar sekurang-kurangnya 2 orang pelajar dan seorang guru pengiring.

Selain daripada aktiviti wacana, ceramah ICT dan taklimat pengajian akademik dalam bidang ICT, bengkel menggunakan perisian membina montaj turut dilaksanakan bagi mencungkil kreativiti pelajar melalui pertandingan membina montaj berdasarkan tema “Membina Kreativiti Melalui ICT”.

Kem ini mendapat kerjasama daripada Multimedia Development Corporation (MDeC), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Kelantan

Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg Prof. Madya Dr. Nik Wan Bin Omar selaku Pemangku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumnai) UniSZA.  Keseluruhan peserta memberi maklumbalas yang sangat positif dan menggalakkan serta mengharapkan lebih banyak program berbentuk ICT digerakkan oleh pihak Universiti kepada pelajar sekolah. Jaringan sillaturrahim yang diwujudkan antara peserta di pihak sekolah dan universiti tidak terputus walaupun program telah berakhir apabila semua peserta terlibat didaftarkan ke dalam komuniti facebook ICT CAMP 2013 bagi membolehkan perkongsian idea, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam ICT terus berjalan.

Untuk galeri Album sila klick :

https://www.facebook.com/groups/ictcamp2013/

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin