Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat

ihak pengurusan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berbesar hati telah mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yasin di kampus baru UniSZA iaitu kampus Tembila, Besut sempena perpindahan FIK ke  kampus tersebut.  Majlis ini berlangsung pada 22 Ogos 2013 jam 11.00 pagi bertempat di Blok D, kompleks FIK, kampus Tembila.

Diantara tetamu yang hadir pada majlis tersebut adalah Prof. Dr. Che Abdullah bin Abu Bakar, Pengarah Kampus Cawangan Besut,UniSZA, kakitangan pejabat pengarah kampus Besut UniSZA, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UniSZA, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, dan pihak kontraktor yang terlibat dalam pembangunan FIK selama ini.

Majlis berlangsung secara sederhana dan Prof. Madya Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman, Dekan FIK berucap  mengharapkan semangat kakitangan warga FIK tidak luntur dan sedia berkhidmat dengan cemerlang, ikhlas dan bersedia menerima perubahan terutamanya dari segi persekitaran dengan terbinanya kompleks baru FIK dan sekaligus dapat meningkatkan mutu kerja yang lebih baik selepas ini.

FIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Berhanundin Abdullah dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA selaku imam solat hajat dan majlis bacaan yasin secara beramai-ramai. Jamuan makan turut disediakan oleh pihak pengajur bagi meraikan  tetamu yang hadir.