Packet Programming

Pihak Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menganjurkan Bengkel Packet Programming pada 2-3 September 2013 bertempat di Makmal Komputer Blok Anas, Kampus Gong Badak kepada pensyarah yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran bagi program baru fakulti iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) SMSK (KRK) yang telah ditawarkan pada Sesi 1 2012/2013.

Bengkel ini bertujuan bagi mendedahkan peserta mengenai teknologi keselamatan didalam aplikasi untuk Web, mendedahkan peserta mengenai teknologi pengaturcaraan kerangkain (Packet Programming), meningkatkan aktiviti dan kualiti pembelajaran dan penyelidikan pensyarah di fakulti khususnya bidang keselamatan rangkaian komputer.