PROGRAM KEMBARA GRAFIK DI MELAKA

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan kerjasama Pusat Aktiviti Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Program Kembara Grafik di Melaka pada 19 – 21 September 2013 yang melibatkan 27 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) serta diiringi tiga orang pensyarah dari Pusat Pengajian Multimedia, iaitu Puan Normala Rahim selaku Penasihat bagi program ini, serta Puan Wan Malini Dato’Wan Isa dan Puan Azilawati Rozaimee.

Objektif utama program yang dijalankan ini adalah untuk membuka minda pelajar menjadi lebih kreatif dalam mengandalikan kamera DSLR. Selain itu, melatih diri berani untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali betujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Seterusnya membina semangat kerjasama antara ahli pasukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Program ini diadakan sebagai tugasan bagi subjek TMS 1033 (Reka Bentuk Grafik) untuk menghasilkan “Coffee Table Book”. Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Alor Gajah Melaka menjadi kunjungan pertama program ini. Selain itu peserta juga di bawa melawat ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bandar Hilir Melaka merupakan lawatan kemuncak program ini, di mana disini pelajar akan menggunakan segala skill, idea dan kreativiti masing-masing bagi mendapatkan hasil yang terbaik bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

Pengalaman baru ini menjadikan pelajar lebih matang dalam mengedalikan sesuatu tugas atau urusan baik secara individu juga berkumpulan disamping dapat memupuk ukhuwah antara pelajar dan pensyarah terjalin mesra sebaik tamatnya program tersebut.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin