BENGKEL PENYEMAKAN SILIBUS DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA) DAN KURSUS LUAR FAKULTI

Bertempat di Quinara Al-Safir Resort telah berlangsungnya satu Bengkel Penyemakan Silibus  Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) dan Kursus Luar Fakulti pada 28 – 29 Oktober 2013 bermula jam lapan pagi sehingga jam lima petang yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Multimedia, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Peserta bengkel ini melibatkan dua pusat pengajian, iaitu Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia. Seramai 33 orang melibatkan kakitangan akademik daripada kedua-dua pusat pengajian, wakil pengurusan fakuli, wakil industri dan wakil alumni terlibat.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk menyemak dan memurnikan silibus Kursus Pengkhususan dan Kursus Pilihan bagi Program Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) dan Kursus Luar Fakulti agar bersesuaian dengan keperluan semasa kursus. Selain dari itu ianya juga bertujuan untuk membuat penambahbaikan pada kursus sekiranya berkaitan supaya selaras dengan aspirasi fakulti dan UniSZA.

Penyemakan silibus bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) yang terakhir telah diadakan pada Jun 2010 di UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Maka rasionalnya diadakan semula bengkel ini adalah untuk membincangkan laluan akademik pelajar bermula program Diploma sehingga Ijazah Sarjana mengikut kesesuaian semasa. Aktiviti perkongsian ilmu menerusi perbincangan meja bulat bersama fasilitator luar disuaipadankan dengan silibus yang ditawarkan agar menghasilkkan graduan yang berkualiti dan memenuhi kehendak industry serta seiring dengan institusi pengajian lain.

Bengkel ini dipengerusikan oleh Ketua Pusat Pengajian Multimedia, FIK iaitu Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin merangkap penyelaras program bagi bengkel tersebut dan dibantu oleh beberapa orang ahli jawatankuasa dan urusetia.

Diharap segala input yang yang diperolehi dari bengkel ini dapat meningkatkan mutu program Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) serta program fakulti lain agar dapat melahirkan graduan yang mempunyai nilai keboleh pasaran yang tinggi.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin