LAWATAN OLEH PIHAK MDeC KE KAMPUS TEMBILA

Satu lawatan telah diadakan oleh pihak Multimedia Development Corporation (MDeC) ke KampusTembila pada 9 Disember 2013 , jam 9.00 pagi – 1.00 tengahari bertempat di Blok D5 aras satu, kompleks Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membentangkan mengenai industri ICT kepada pelajar-pelajar FIK, terutamanya kepada pelajar semester akhir diploma dan ijazah sarjana muda yang bakal menamatkan pengajian untuk memdedahkan mereka kepada alam pekerjaan dalam ICT. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Imran Kunalan Abdullah.

Kemudian, satu taklimat mengenai Program Infosys disampaikan oleh Encik Amzar Hisham Mohd Basri kepada pelajar semester akhir Diploma Teknologi Maklumat dan semester lima dan semester tujuh program Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisisan).

Disamping itu pihak pengurusan FIK tidak melepaskan peluang mengadakan perbincangan kerjasama dengan pihak MDEC bagi membincangkan mengenai Program Infosys dan aktiviti yang bakal diadakan di masa akan datang bersama-sama FIK.

Di akhir program selepas menjamu selera, FIK membawa pihak MDEC melawat kampus Tembila, termasuk asrama.


Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin