Roadshow Project Agenda Critical

Bertempat di bilik kuliah D1-0-08, komplek Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah diadakan satu ‘Roadshow Project Agenda Critical’ pada 12 Disember 2013 bermula jam 9.30pagi - 12 tengahari yang dianjurkan oleh FIK.

Prof. Madya Dr. Azizah Endut merupakan Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Index Prestasi Utama (PPSPPU) telah menyampaikan taklimat ringkas dalam memberi kesedaran dan pemahaman kepada semua staf mengenai KPI CAPs, menjelaskan Petunjuk Prestasi yang merangkumi Objektif Startegik, Operasi Definisi serta Sasaran setiap CAPs dan memaklumkan dan memperturunkan agihan sasaran sebagai KPI KPTj/ KPI individu.

Selain itu, taklimat CAPs pula menyentuh mengenai Pengajaran dan pembelajaranAkademiae-pembelajaran dan Pengantarabangsaan. Diakhir program ini satu sesi soal jawab diadakan untuk ‘mencerahkan’ apa yang tidak jelas dikalangan peserta yang hadir. Semoga kehadiran peserta lain dapat bersama berkongsi ilmu dan mendapat manfaat bersama-sama dalam roadshow ini.

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin