Bengkel Menaik Taraf Prosiding ke Jurnal Sains Komputer

Bertempat Gem Beach Resort,Batu Rakit Kuala Terengganu Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan  “Bengkel Menaik Taraf Prosiding ke Jurnal Sains Komputer"  pada 19 Januari  2014( Ahad ) 08.00 pagi - 5.00 petang.

Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pensyarah FIK tentang cara untuk menaikkan taraf artikel persidangan yang telah dihasilkan sebelum ini dan seterusnya meningkatkan bilangan penerbitan fakulti.
 Prof Amir Hussain dari Stirling University, United Kingdom yang merupakan pensyarah pelawat FIK  telah dijemput untuk menyampaikan taklimat ringkas dalam memberi kesedaran dan pemahaman kepada semua kakitangan akademik FIK berdasarkan objektif dibawah : 
Objektif bengkel ini :-
1) Meningkatkan bilangan penerbitan fakulti di dalam masa yang singkat.
2) Memberikan pendedahan dan panduan kepada peserta tentang cara untuk menaik taraf artikel saintifik ke jurnal yang berprestij.
3) Membantu peserta untuk membuat penambahbaikan kepada prosiding untuk diterbitkan di dalam jurnal berindeks/impaks.
4) Mewujudkan budaya menulis artikel saintifik dari data terkumpul hasil daripada kajian yang dilaksanakan.

Hasil daripada bengkel ini, diharapkan sejumlah jurnal yang bermutu tinggi yang layak untuk diterbitkan didalam jurnal berindeks iaitu Scopus dan ISI.
Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin