Seminar dan Pameran Projek Akhir Diploma

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA  yang telah berjaya mengadakan  Seminar dan Pameran Projek Akhir Diploma yang bertempat di Blok D4-1-20 pada 27 Feb 2014 jam 9.00 pagi - 2.00 petang di Kompleks FIK, kampus Tembila.

Seramai 41 orang pelajar program diploma yang membentangkan hasil projek akhir masing-masing  yang terdiri daripada 21 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat, 20 orang pelajar Diploma Teknologi Multimedia dan kesemua mereka adalah pelajar semester enam iaitu semster akhir.

Perbentangan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diadakan  secara sesi selari bersama pelajar, penyelia projek dan panel yang di jemput khas oleh fakulti. Diantaranya adalah En. Mohd Faizal Osman dari Hijjaz Record Sdn.Bhd, En. Mohd Amir Idzham Iberahim yang merupakan bekas pelajar FIK kini sebagai Senior System Analyst di Energetic Point Sdn, En. Nor Azhan Nordin, En. Raja Zaharuddin Raja Shah yang merupakan panel dari industri yang berpengalaman luas dalam bidang iT dan Multimedia.

Menurut salah seorang panel, projek yang dihasilkan oleh pelajar diploma ini adalah di luar jangkaan kerana dapat menghasilkan bervariasi produk selain animasi pelajar mampu menghasilkan video, cd interaktif dan realiti maya. Beliau sangat berbesar hati dan sudi berkongsi tip bagaimana untuk mendapat tempat di dalam industri selepas pelajar tamat pengajian nanti dan berkongsi pengalaman beliau dahulu sebelum menjadi ‘seperti hari ini’.

Muhammad Afiq Azemi yang meruppakan pelajar Diploma Teknologi Multimedia melahirkan rasa gembira setelah tamatnya seminar berkenaan kerana banyak ilmu dan tip-tip yang berguna yang dapat dikongsi bersama dan mengharapkan seminar ini diteruskan kerana ianya penting untuk percambahan idea dan membuka peluang dan pendedahan kepada pelajar dalam indusri pekerjaan. Beliau juga memberi kredit kepada penyelia projek yang banyak membantu dari awal sehinggalah akhir untuk menghasilkan projek yang bermutu.

Lihat gambar selanjutnya.

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin