KLUSTER PENYELIDIKAN

Penubuhan Special Interest Group (SIG) penyelidikan di Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah diputuskan dalam Mesyuarat Fakulti pada 29 Oktober 2008. Beberapa pemurnian terhadap struktur SIG fakulti telah diadakan dan di letakkan di bawah kluster yang baru diperingkat universiti iaitu Advanced Technology (Teknologi Termaju). Di peringkat fakulti, terdapat tiga (3) kelompok penyelidikan (SIG) di bawah kluster ini iaitu:

  1. Knowledge Engineering (Kejuruteraan Pengetahuan)
  2. Visual Informatics (Informatik Visual)
  3. Ubiquitous Computing (Komputeran Universal)

SIG ditubuhkan bertujuan untuk menyemarakkan penyelidikan, inovasi dan pengkormesialan di FIK. Untuk mencapai tujuan tersebut, beberapa objektif SIG telah digariskan iaitu:

  1. Menyemarakkan budaya dan kualiti penyelidikan pensyarah dalam bidang terfokus.
  2. Meningkatkan KPI fakulti dalam aspek geran penyelidikan, penerbitan, produk inovasi dan pengkormesialan.
  3. Membina imej dan meningkatkan daya saing fakulti melalui penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Struktur Penyelidikan di Peringkat Fakulti

Struktur penyelidikan di fakulti menggabungkan beberapa Special Interest Group (SIG) yang telah dibentuk mengikut niche fakulti dan kepakaran yang sedia ada. Ahli setiap SIG terdiri daripada pensyarah fakulti yang mempunyai latarbelakang penyelidikan serta kepakaran dalam bidang terfokus yang berkaitan seperti; (i) Information Retrieval, dan Intelligent system bagi kluster Knowledge Engineering, (ii) Image Processing and Pattern Recognition, dan Multimedia bagi kluster Visual Informatics, dan (iii) High-performance computing and Security bagi kluster Ubiquitous Computing. Sila rujuk Rajah berikut.

kluster

Beberapa bidang aplikasi yang boleh memberi impak kepada universiti dan masyarakat telah dikenalpasti sebagai fokus utama kluster. Bidang tersebut merangkumi pendidikan, kesihatan, pelancongan, muamalat, bio-teknologi dan tadbirurus. Nilai-nilai Islam menjadi tonggak utama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan kesemua aplikasi tersebut.

Kelompok Penyelidikan Fakulti

A. Knowledge Engineering (Kejuruteraan Pengetahuan)

Teknologi dibina bukan sekadar memudahkan pengguna, tetapi cuba membantu manusia dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, teknologi perlu mempunyai ‘kepintaran’ tersendiri dalam membantu menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Penyelesaian permasalahan dibuat berdasarkan ilmu pengetahuan yang mempunyai rahsia saintifik tersendiri. Kebolehan teknologi yang menyumbang kepada pengetahuan bukan sekadar mampu menghasilkan kepintaran buatan, malah menjangkaui batasan fizikal manusia seperti penggunaan e-learning yang menglangkaui pembelajaran berasaskan lokasi fizikal. Kajian mengenai perwakilan/permodelan pengetahuan berbentuk explicit atau tacit bukan sekadar tidak terkira, malahan sentiasa berkembang dengan setiap penemuan pengetahuan baru. SIG ini menjalankan kerja penyelidikan berkaitan information retrieval, data mining, machine learning, advance database, software engineering, artificial intelligence dan decision support system.

Ketua: Dr. Mokhairi Makhtar

Sub SIG Ketua Ahli
Information Retrieval Dr. Engku Fadzli Hasan Bin Syed Abdullah Dr. Syarilla Iryani Binti Ahmad Saany
Rohana Binti Ismail (Cuti Belajar)
Hasni Binti Hassan
Azwa Bin Abdul Aziz
Mohd Kamir Bin Yusof
Julaily Aida Binti Jusoh
Intelligent System Ahmad Nazari Bin Mohd Rose Norlina Binti Udin @ Kamaruddin
Mohd Isa B Awang
Mohd Khalid Bin Awang
Prof. Madya Dr. Fadhilah Binti Ahmad
Elissa Nadia Binti Madi (Cuti Belajar)
Fauziah Binti Ab. Wahab
Zahratul Amani Binti Zakaria
Suhailan Bin Safei (Cuti Belajar)
Fatimah Binti Ghazali

B. Visual Informatics (Informatik Visual)

Penyelidikan dalam bidang Informatik visual ialah kajian yang melibatkan visual, pemprosesan, analisis dan interaksi dengan set data yang besar. Elemen yang digunakan merangkumi teks, data numerik, corak, imej, audio, video, realiti visual dan animasi. Teknologi di dalam bidang ini telah berkembang dengan pesat dan aplikasinya boleh diterokai di dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pelancongan, pertanian, dan perubatan.

Penyelidikan adalah berkaitan dengan bidang Pengecaman Corak dan Pemprosesan Imej (Pattern Recognition and Image Processing), Realiti Maya (Virtual Realiti), animasi komputer (Computer Animation), dan interaksi manusia-komputer (Human-computer Interaction).

Ketua: Dr. Mumtazimah Mohamad

Sub SIG Ketua Ahli

Image Processing and Pattern Recognition

Dr. Mohd Fadhil Abd. Kadir

Dr. Fatma Susilawati Mohamad
Abdul Rasid Mamat
Maizan Mat Amin

Multimedia

Dr. Syadiah Nor Wan Shamsudin

Irma Shayana Samaden
Sufian Mat Deris
Normala Rahim
Wan Malini Wan Isa
Azilawati Rozaimee
Norkhairani Abdul Rawi
Mat Atar Mat Amin
Wan Mohd Rizhan Wan Idris

C . Ubiquitous Computing (Komputeran Universal)

Pengguna komputer dan internet semakin telah berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Internet World Stat (20 Jan 2013), pengguna internet di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia mengikut nisbah jumlah penduduk iaitu 60.7% atau lebih 17 juta penduduk yang menggunakan internet (17,723,000 orang). Pertumbuhan pengguna ini secara langsung berkait dengan penggunaan dan capaian kepada sumber komputer (seperti pemprosesan dan data storan). Oleh itu, terdapat keperluan berterusan dalam menangani isu pengurusan sumber komputer. Penyelidikan ubiquitous computing ialah untuk memastikan sumber komputer diurus secara cekap dan efektif, memastikan kebolehadaan (availability) sumber dan mengekalkan tahap prestasi komputeran yang tinggi untuk memenuhi keperluan semasa.

Menjalankan kerja penyelidikan berkaitan dengan High Performance Computing, parallel/grid computing, senibina dan teknologi pelayan pelanggan, komunikasi data, keselamatan.

Ketua: Dr. Wan Nor Shuhadah Binti Wan Nik

Sub SIG Ketua Ahli

High Performance Computing and Security

Dr. Zarina Binti Mohamad Prof. Madya Dr. Mohd Nordin Bin Abdul Rahman
Nor Aida Binti Mahiddin (Sambung Belajar)
Raja Hasyifah Raja Bongsu
Nazirah Binti Abd Hamid
Siti Dhalila Binti Mohd Satar
Roslinda Binti Muda
Wan Suryani Binti Wan Awang
Azrul Amri Bin Jamal
Puteh Maisarah Binti Ibrahim (Cuti Belajar)
Ahmad Faisal Amri Bin Abidin@Bharun (Cuti Belajar)
Prof. Dr.Mustafa bin Mamat
Dr. Mohamad Afendee Mohamed

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin