BENGKEL PEMURNIAN SEMULA SILIBUS SAINS KOMPUTER (PEMBANGUNAN PERISIAN)

Bagi memastikan setiap graduan dapat bersaing dengan graduan daripada institusi pengajian lain, maka adalah menjadi satu kemestian bagi para pensyarah dapat memberi ilmu dan kemahiran yang terkini dan relevan serta sejajar dengan kepesatan pengembangan ilmu dan teknologi.

Maka dengan itu Fakulti Informatik  dan Komputeran (FIK) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Semula Silibus Sains Komputer (Pembangunan Perisian) pada 27-28 Ogos 2014 bertempat di Dewan Panca Delima, Pusat Kesenian & Warisan, UniSZA kampus Gong Badak.

Tiga orang penceramah yang terdiri daripada tiga bidang berbeza iaitu akademik, industri dan alumni telah dijemput bagi berkongsi pengalaman beliau dalam  bengkel ini. Mereka memberi pendedahan dan panduan kepada peserta dalam penyediaan silibus program agar releven dan bersesuaian dengan keperluan semasa kursus, industri dan negara.

Penyertaan peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik amatlah menggalakkan dan reaksi yang diberikan oleh peserta juga amat positif.

 pemurnian