LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) KE FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN, KAMPUS TEMBILA

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menjemput Y. Bhg. Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa (TNCAA), UniSZA ke Fakulti Informatik dan Komputeran pada 12 Oktober 2014 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat tama, FIK, Kampus Tembila. Pengarah Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran, Prof. Madya Dr. Nizaita Omar  juga turut hadir berkongsimaklumat berkaitan CAPs dan MOOC kepada semua staf akademik FIK.

Sesi lawatan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu di fakulti serta berkongsi pengalaman bersama ahli fakulti. Kehadiran TNCAA telah memberi satu motivasi dan maklumbalas yang baik kepada staf.

Pihak FIK merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Y. Bhg. Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad di atas lawatan rasmi ini dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

lawatan tnc2014

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin