BENGKEL PEMURNIAN ARTIKEL JURNAL

Bagi meningkatkan kualiti  penulisan dan penerbitan  serta memberi galakan kepada pensyarah untuk menulis dan menerbitkan artikel  yang bermutu tinggi, maka dengan itu Fakulti Informatik  dan Komputeran (FIK) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Artikel Jurnal pada 16-18 Oktober 2014 bertempat di New Pacific Hotel, Kota Bharu.

 

Dua orang penceramah luar yang iaitu Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail (UTM) dan Prof. Madya Dr. Masri Ayob (UKM) telah dijemput bagi berkongsi pengalaman beliau dalam  bengkel ini. Penceramah dalaman iaitu Prof. Dr. Mustafa Mamat yang merupakan pensyarah di FIK dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, UniSZA juga turut membantu dalam mengendalikan bengkel ini dengan jayanya. Mereka memberi pendedahan dan panduan yang sangat berguna kepada peserta dalam penulisan dan penerbitan jurnal yang berkualiti.

 

Penyertaan peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik amatlah menggalakkan dan reaksi yang diberikan oleh peserta juga amat positif. Malahan, FIK telah berjaya menghasilkan sebanyak 43 artikel jurnal yang akan diterbitkan.

 

pemurnian1 pemurnian2 pemurnian3 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin