Baru-baru ini kebanyakan kawasan di negeri Terengganu telah terjejas akibat banjir yang melanda. Oleh itu, pihak KEFiT dan Persatuan Pelajar FIK yang terdiri daripada 30 orang pelajar telah mengambil inisiatif dengan mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan salah satu taman perumahan yang terlibat. Taman perumahan yang dipilih untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong ini adalah Taman Sri Embun, Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu pada 28 November 2014 (Jumaat) dan aktiviti ini akan bermula pada jam 9.00 pagi. Aktiviti ini juga merupakan program khidmat komuniti fakulti kepada komuniti setempat.