Aktiviti Gotong-royong di Taman Sri Embun

Baru-baru ini kebanyakan kawasan di negeri Terengganu  telah terjejas akibat banjir yang melanda. Oleh itu, pihak KEFiT dan Persatuan Pelajar FIK yang terdiri daripada 30 orang pelajar telah mengambil inisiatif dengan mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan salah satu taman perumahan yang terlibat. Taman perumahan yang dipilih untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong ini  adalah Taman Sri Embun, Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu  pada 28 November 2014 (Jumaat) dan aktiviti ini akan bermula pada jam 9.00 pagi. Aktiviti ini juga merupakan program khidmat komuniti fakulti kepada komuniti setempat.


no