PROGRAM GO CREATIVE (FIK T-SHIRT)

NAMA PROGRAM: GO CREATIVE (FIK T-SHIRT)

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK) DENGAN KERJASAMA PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 6-10 JUN 2023

TEMPAT: QUINARA AL-SAFIR RESORT DAN DALAM TALIAN

 

 

Tiga (3) daripadanya terpilih menjadi pemenang tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga. Tempat pertama dimenangi oleh (Muhammad Syahir Bin Zubir), tempat kedua (Mirza Nazmi Bin Mansor) dan tempat ketiga (Muhammad Adam Firdaus Bin Hazaha). Pemenang tempat pertama memenangi hadiah berbentuk wang sebanyak rm100, manakala tempat kedua memenangi hadiah berbentuk wang sebanyak rm70 dan akhir sekali tempat ketiga memenangi hadiah berbentuk wang sebanyak rm50. Penyampaian hadiah kepada pemenang

 

dijalankan pada 15 mei 2023 di Quinara Al-Safir Resort yang disampaikan oleh Dr. Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris.

Secara keseluruhannya program Go Creative (Fik T-Shirt) ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia Go Creative (Fik T-Shirt) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelajar fakulti informatik dan komputeran untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka.

 

Lampiran 1

 

Rekaan Baju

 
  go2.jpg


go3.jpg

go4.jpg

go5.jpg

go6.jpg

go7.jpg

go8.jpg

 

go9.jpg

 
  go10.jpg


go11.jpg

 
  go12.jpg

 

Lampiran 2

Penyampaian Hadiah

 

 
  go13.jpg


go14.jpg

go15.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin