Program ‘E-SPORT CAREER TALK’

 

Nama Program : ‘E-SPORT CAREER TALK’

Anjuran             : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN,

                            PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI(PTNC HEPA) DAN

                            PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

Tarikh                : 1 OGOS 2023 Tempat: Virtual - Zoom

 

 

Pada 1 Ogos 2023 telah berlangsung satu program yang bertajuk ‘E-SPORT CAREER TALK’ yang bertempatkan secara virtual melalui platform Zoom yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA), dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 25 orang.

Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan untuk membuka mata dan memberi peluang untuk para pelajar mengetahui lebih lanjut mengenai e-sukan yang kini kerap menjadi buah mulut bukan saja dari para remaja, malah ramai pihak lain termasuk ibu bapa, guru-guru dan mestilah bakal-bakal graduan di seluruh tanah air. ‘E-SPORT CAREER TALK’ dapat dijadikan sebagai pembuka minda seluruh pelajar UniSZA untuk mengambil cakna dengan peluang kerjaya yang dapat diterokai dalam dunia e-sukan ini.

Program ini dijalankan selama 1 hari sahaja dan bertempatkan di laman virtual, Zoom bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada 2.00 tengahari. Sesi perkongsian daripada penceramah jemputan En. Achwan Noorlistyo Adi bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Kemudian majlis diteruskan dengan sesi perkongsian dari pensyarah UniSZA iaitu Dr. Wan Mohd Amir Fazamin Bin Wan Hamzah, Ketua Unit UniSZA Digital Hub (UDH). Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi soal jawab dan diakhiri ucapan perasmian penutup oleh Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti dan Komputeran, Muhammad Ikram Bin Bazurim.

Secara keseluruhan, program ini berlangsung dengan jayanya dan lancar. Walaupun hanya mempunyai bilangan peserta sebanyak 25 orang, tetapi semua peserta terlihat sangat terhibur dan berpuas hati dengan program ini. Secara tidak langsung objektif program ini iaitu untuk membuka minda mahasiswa tentang peluang keemasan yang tercipta dalam industri e-sukan telah pun tercapai. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK), urusetia ‘E-SPORT CAREER TALK’ dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan mengoptimumkan peluang yang ada demi kebaikan yang maksimum kepada diri, bangsa dan negara.

 

Lampiran 1

  

 es2.jpg

es3.jpg

es4.jpg

es5.jpg

es6.jpg

es8.jpg

es9.jpg

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin