NAMA PROGRAM: ISTIQBAL RAMADAN FIK 2024
ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA) DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN
TARIKH: 12 – 31 MAC 2024
TEMPAT: AUDITORIUM DAN FOYER FIK
Pada 12 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024 bersamaan 1 – 20 Ramadan 1445H telah berlangsungnya satu program di Auditorium dan Foyer FIK iaitu program Istiqbal Ramadan FIK 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 28 orang urusetia program, 155 orang peserta pertandingan dan akitiviti terdiri daripada 7 orang peserta Pertandingan poster ramadan, 7 orang peserta Pertandingan E-kad raya, 40 orang peserta Imarah Qiamulail dan sahur, 95 orang peserta penutup program dan 9 orang peserta khatam al quran dan seluruh pelajar fik bagi FIK Bertadarus. Terdapat juga penerima bantuan makanan iaitu 200 orang penerima iftar jamaei.
Program Istiqbal Ramadan FIK 2024 merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar untuk lebih menghayati kemuliaan bulan Ramadan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
Program ini telah diadakan selama dua belas hari (20) hari. Program ini dimulakan dengan program tadarus al-quran. Tadarus al-quran diadakan pada 12-30 April bermula jam 8 pagi. Seterusnya, kutipan tabung infaq iaitu Sentuhan Ramadan pembayaran melalui tunai dan atas talian iaitu E-kaunter Ramadan juga dijalankan. Imarah Qiamulail dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Ar- Raudah(JaPSAR) telah dijalankan di Surau Ar-raudah pada pukul 4 pagi 22 Mac dan agihan juadah sahur sebanyak 40pax. Selain itu, Iftar Jamaei agihan makanan sebanyak 200pax dijalankan pada 22 Mac 2024 bertempat di perkarangan kolej kediaman mahasiswa. Tambahan pula, Pertandingan Fastabiqul Khairat iaitu pertandingan Poster Ramasan dan Kad Raya digital telah yang dijalankan secara atas talian pada 18 hingga 27 April 2024. Akhir sekali, penutup program iaitu Majlid Khatam Al-Quran dan penyampaian hadiah diadakan pada 31 Mac 2024 bertempat di Auditorium FIK.
Secara keseluruhannya Program Istiqbal Ramadan FIK 2024 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 155 orang peserta dan 200 org penerima daripada Fakulti Informatik dan Komputeran . Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini serta program ini juga dapat membantu mahasiswa/i golongan b40 FIK yang tidak berkemampuan. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat membuka peluang kepada pelajar untuk lebih menghayati kemuliaan bulan Ramadan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan serta kebajikan mahasiswa/i lebih terjaga . Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia Istiqbal Ramadan FIK 2024 dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membina kesedaran berkaitan penghayatan bulan Ramadan dan kebajikan mahasiswa/i dapat dijaga di bulan tersebut.