PROGRAM IFTAR PERDANA FIK 2024

NAMA PROGRAM: IFTAR PERDANA FIK 2024

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA) DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 1 APRIL 2024

TEMPAT: DEWAN AKTIVITI PELAJAR

  

 

Pada 1 April 2024 bersamaan 22 Ramadan 1445H telah berlangsungnya satu program di Dewan Aktiviti Pelajar Kampus Besut iaitu program Iftar Perdana FIK 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 44 orang urusetia program dan 156 orang penerima bantuan makanan Iftar Perdana FIK 2024

Program Iftar Perdana FIK 2024 merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran untuk membuka peluang kepada pelajar untuk lebih menghayati kemuliaan bulan Ramadan dengan merapatkan hubungan silaturrahim di antara mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran.

Program ini diadakan selama satu hari, dengan jadual yang direncanakan untuk menyediakan juadah berbuka sebanyak 200 bungkus. Juadah tersebut disediakan dan diagihkan kepada pelajar pada petang 1 April 2024 di Dewan Aktiviti Pelajar sebagai lokasi utama pelaksanaan program.

Secara keseluruhannya program Iftar Perdana FIK 2024  ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 156 orang penerima bantuan makanan daripada Kampus Besut. Selain itu, program ini diadakan adalah untuk membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan dari segi makanan iftar pada hari tersebutPenghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia Iftar Perdana FIK 2024  dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan pentingnya kebajikan mahasiswa.

                

 

            

 

 

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 05/05/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin